Pages

Wednesday, October 29, 2014

Meatball Ala Ikea EXPRESS dan Kentang Putar

Hai ! Bertemu kembali kita di entri kali ini yang ditaip khas untuk pekongsian resepi . Ira lah kan . Duduk rumah cuti sem memang kerja dia masak je . Duduk dapur itu perkara wajib setiap hari . Hari hari masak untuk family . Disebabkan mak dan kakak kerja . So aku lah yang mejadi suri rumah tangga sepenuh masa . Muwehehe .

Tengahari tadi lunch aku masak Ayam Masak Kicap . Simple je . Dah takde idea nak masak apa . Tu yang masak kicap je . 

Okaylah ye . Kembali kepada tajuk asal entri ini . RESEPI MEATBALL ALA IKEA EXPRESS ! Dengan menu sampingan KENTANG PUTAR .

Sebenarnya kak Ema yang beriye sangat nak Meatball tuu . Dia tahu aku ni boleh masak apa je sebab dibantu oleh Encik Google . So semalam dia beli bahan bahan nak masak . Hari ni sebelum dia balik kerja pukul 7 , aku bertungkus lumus duduk kat dapur siapkan hidangan khas untuk kakak kesayangan ni . Hehehe . 

Aku tak pernah rasa Meatball Ikea tu . So aku buat ikut resepi yang aku search kat Google . Hmm tapi biasa laa . Kejadian derhaka kepada resepi tu memang akan terjadi . Hahaha .

Ehh kenapa ada EXPRESS ek kat Resepi Meatball tu ? Ngehngehngehh . Tu sebab , meatball tu guna yang dah siap buat . Tinggal goreng / bakar je . Kalau rajin boleh je uli sendiri . Tapi iolls MALAS . Hehehe .

Resepi asal aku ambik dari BLOG INI . Dan ini resepi untuk KENTANG PUTAR . Okayy letsgooo !

RESEPI : KENTANG PUTAR

Bahan :
5 - 6 biji kentang
2 sudu besar butter
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar susu segar
sedikit blackpepper
garam

Cara :
Kupas kulit kentang. 
Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. 
Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. 
Ketepikan.


RESEPI GRAVY@SOS KENTANG PUTAR

Bahan :

650 ml air 
5 sudu besar stok ayam ( aku guna 1 biji kiub ayam Maggi )
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang ( tak letak pun sebab takde , hehe )
40 gm mentega ( aku letak 4 sudu )
20 gm tepung gandum- bancuh dgn sedikit air ( agak agak untuk pekatkan gravy )
1 sudu besar sos tomato ( tak letak pun , takdoooo . hehe )
1 sudu besar sos tiram ( tak letak sebab takde ) 
sedikit serbuk lada hitam ( aku guna sos blackpeper , letak dalam 3 @ 4 sudu )
kicap pekat ( agak agak untuk kehitaman gravy tu )

Cara :

Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.

Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati.Kemudian masukkan blackpepper.

Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

Curahkan ke atas kentang putar.

*** yang ini tak ada gambar sebab dah ngapppp masuk mulut . hahaha ***



RESEPI : MEATBALL ALA IKEA 





BAHAN - BAHAN :

SEPEKET MEATBALL ( tak kesah la apa apa jenama pun )
2 SUDU BUTTER / MENTEGA / MINYAK ( untuk menggoreng )

CARA-CARA :

Goreng meatball dengan butter / mentega / minyak . Goreng jangan sampai hangus . Aku guna kuali ajaib , so mudah je tutup kuali tu . Golek golek kan meatball tu . Hehehe .


GRAVY ( KUAH ) :

BAHAN BAHAN :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan. ( guna bawang besar biasa je )
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu ( tak letak pun sebab takde )
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* 
sesudu gula * – ikut taste la, saya tak letak sebab dah secukup rasa
CARA CARA :
1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur .

OKAYYYY . SELAMAT MENCUBA ! ;)


2 comments: